Perubahan Anugerah Juara Lagu ke-22

Berbeza dengan 15 tahun sebelumnya, AJL kali ini menampilkan 13 buah lagu untuk disaringkan ke peringkat akhir yang memperlihatkan perbezaan dalam kategori. Lagu dari kategori Etnik Kreatif telah dikurangkan daripada empat buah kepada tiga buah sahaja manakala satu buah ditambah bagi tiap-tiap kategori Balada dan Pop Rock menjadi lima buah lagu setiap satu untuk layak bertanding ke peringkat akhir.

Perubahan ini disebabkan lagu berentak etnik kreatif adalah yang paling sedikit iaitu kurang daripada 20 peratus pencalonan disebabkan kurangnya pendedahan dalam kalangan khalayak. Ini menyebabkan kajian untuk dilakukan untuk memberi gabungan yang tepat bagi keputusan untuk mengurangkan sebuah lagu etnik kreatif berdasarkan nisbah.[2] Sebagai kejutan sebelum menjelang Anugerah Juara Lagu, telah diumumkan ketika pertandingan separuh akhir kategori Pop Rock bahawa kategori itu akan membawa 6 buah lagu ke peringkat akhir yang menjadikan kategori yang paling mempunyai banyak lagu dipertandingkan kali ini.[3]

Pada tahun ini juga AJL memberi peluang kepada bakat baru seperti pemuzik 'indie' sehingga sebuah kumpulan (Estranged) telah layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik.